ASRAMA 805
ASRAMA LUAR KAMPUS
POLITEKNIK KUCHING SARAWAK
manage by
KOPERASI POLITEKNIK KUCHING SARAWAK BERHAD
--------------------------------------------------
PROSES - PROSES PEMULANGAN BALIK DEPOSIT ASRAMA LUAR KAMPUS
1. Penghuni WAJIB untuk mengisi BORANG DAFTAR KELUAR serta tunjukkan Resit Deposit Asal untuk sebarang pembayaran balik .
2. Segala wang akan dikembalikan hanya SELEPAS penghuni mengosongkan bilik.
3. Penghuni yang mendaftar keluar asrama tanpa menjelaskan sebarang tunggakan bayaran atau didapati gagal untuk menjelaskan tunggakan bayaran akan ditolak dari deposit.
4. Pihak Pengurusan Asrama akan membuat tinjauan ke bilik yang telah daftar keluar. Jika didapati bilik tersebut kotor/mempunyai sampah dalam bilik, pihak pengurusan akan memotong deposit setiap pelajar yang tinggal dalam bilik tersebut. Dan jika dikawasan luar bilik seperti Koridor, Tandas & Bilik Mandi mempunyai sampah, keseluruhan pelajar yang tinggal di Aras tersebut akan dikenakan potongan deposit.
5. Pra-pembayaran balik deposit adalah TIDAK DIBENARKAN.
6. Pembayaran balik deposit akan mengambil masa kira-kira 3 hingga 4 minggu untuk diproses dari tarikh daftar keluar.
7. Pembayaran balik deposit akan dibayar melalui akaun bank penghuni itu sendiri dan sila sertakan sekali penyata nombor akaun bank anda sendiri.
Bagi pelajar yang mempunyai Kad Siswa Bank Rakyat, anda digalakkan menggunakan akaun tersebut untuk proses pemulangan deposit.
8. Selain itu, bagi penghuni yang lambat atau tidak memberi maklumat Akaun Bank, segala proses pemulangan deposit tidak akan dilakukan.
9. Setiap pembayaran balik deposit tidak akan dimaklumkan. Bagi pelajar yang belum menerima pulangan deposit selepas sebulan, sila hubungi pihak pengurusan asrama dengan kadar segera.
Sekian Terima Kasih.
Pihak Pengurusan Koperasi
Politeknik Kuching Sarawak Berhad
No comments:
Post a Comment